Amaran ribut petir, hujan lebat di Sarawak, Sabah, Labuan hingga 1 tengah hari

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 30 Jun – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan hingga 1 tengah hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kawasan terlibat di Sarawak: Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.
  • Di Sabah melibatkan kawasan pedalaman Kuala Penyu, Tawau dan Wilayah Persekutuan Labuan.
  • Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda ribut petir dengan intensiti hujan >20 mm/jam hampir atau dijangka berlanjutan lebih sejam.
  • Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan beberapa kawasan yang terlibat di negeri Sarawak iaitu Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Kapit (Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu (Tatau), Miri (Miri) dan Limbang (Limbang).

Cuaca sama turut diramalkan di negeri Sabah melibatkan kawasan pedalaman (Kuala Penyu) dan Tawau serta Wilayah Persekutuan Labuan.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran”, menurut MetMalaysia.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.