
BATU KAWAN, 20 Jun– Kejayaan Malaysia memperoleh akses kepada telaga gas Turkmenistan, membuktikan keyakinan tinggi negara luar, terhadap keupayaan negara dalam sektor tenaga.
- Perjanjian lawatan PM memberi akses kepada Petronas mengurus dua blok utama untuk membangun salah satu medan gas terbesar dunia.
- Tindakan itu mencerminkan keyakinan antarabangsa terhadap keamanan, perpaduan rakyat dan komitmen profesional Malaysia membangunkan negara.
- Pengumuman dibuat semasa lawatan PM dan disampaikan ketika perasmian MKS Instruments Malaysia, turut dihadiri Ketua Menteri dan CEO syarikat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perjanjian yang dimeterai dalam lawatan beliau ke negara itu, membolehkan Petronas terlibat dalam pembangunan medan gas utama Turkmenistan.
“Semalam, kedua-dua negara telah menandatangani perjanjian dan Turkmenistan telah memutuskan untuk memberi akses kepada dua blok utama kepada Petronas bagi membangunkan salah satu medan gas terbesar di dunia.
Ini sekali gus mencerminkan keyakinan negara-negara luar terhadap keamanan yang kita nikmati, perpaduan rakyat dan komitmen golongan profesional yang bekerja membangunkan negara,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Pembukaan MKS Instruments Malaysia Sdn Bhd, di sini.
Majlis turut dihadiri Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MKS Instruments Malaysia Sdn Bhd, John
T.C Lee.