fb fb fb fb fb

Akbar Nawab dikebumikan di Gombak

Akbar Nawab Khan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Seri Gombak

SELANGOR, 31 Ogos- Bekas anggota orkestra RTM, Akbar Nawab Khan, 86 selamat dikebumikan pada pukul 10.30 pagi.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Seri Gombak.

Allahyarham merupakan adik kepada tokoh legenda, Tan Sri Ahmad Nawab.

Tan Sri Ahmad Nawab turut hadir di pengkebumian adiknya disini.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Zainah Ismail dan dua orang anak Rashidah Akhbar Khan, Marlia Akhbar Khan.

Antara lagu Allahyarham Akbar yang malar segar dan dekat di hati peminat ialah Selamat Hari Raya dendangan Datuk Sharifah Aini dan lagu patriotik Wawasan 2020 nyanyian Roy.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI