fb fb fb fb fb

Aidilfitri: Sultan Pahang berkenan meraikan lebih 10,000 rakyat di Temerloh

Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya di Lurah Semantan, Temerloh/FOTO FB Wan Rosdy bin Wan Ismail

TEMERLOH, 10 April- Pelbagai kaum memeriahkan sambutan hari raya pertama di Temerloh dengan menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Sultan Pahang di Lurah Semantan, Temerloh.

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan meraikan lebih 10,000 rakyat pada sambutan yang bermula pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.

Turut berkenan meraikan, Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan isteri, Datin Seri Burhah Mohammed serta beberapa Exco kerajaan negeri dan pemimpin jabatan.

Mereka yang hadir mengambil kesempatan bagi mengabadikan kenangan sambutan bersama keluarga diraja Pahang.

Kedua-dua Baginda turut berkenan mencemar duli menyantuni rakyat jelata.

Pelbagai hidangan disediakan seperti laksa, ketupat, nasi minyak, rendang ayam dan daging, serta sate disediakan kepada tetamu.

ROSLINA BINTI DIN