fb fb fb fb fb

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Guru

Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 16 Mei- Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik.

Menerusi perkongsian di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda turut menitipkan penghargaan kepada warga guru atas ilmu dan jasa yang telah dicurahkan.

Sultan Ibrahim juga bertitah bahawa pengorbanan dan jasa warga pendidik harus dikenang kerana peranan mereka sangat penting dalam membangunkan bangsa dan masyarakat.

"Terima kasih kepada guru-guru yang pernah mendidik kami, ilmu dan bakti kalian akan sentiasa dikenang,” titah Seri Paduka Baginda berdua.

Hari Guru disambut di Malaysia pada 16 Mei setiap tahun.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM