
KUALA LUMPUR, 3 Jun – Adaptasi teknologi automasi dan kecerdasan buatan (AI), menjadi teras strategi utama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi memperkukuh kesiapsiagaan benteng pertahanan serta kedaulatan ruang angkasa negara.
- Memperkasa keupayaan pemantauan dan pengawasan jarak jauh merentasi ruang maritim negara.
- Mengguna pakai UAV Turkiye ANKA untuk pengawasan udara hampir 24 jam tanpa henti.
- Menjalankan program kursus bagi anggota untuk memperkasa kemahiran automasi dan kecerdasan buatan.
- Memastikan perkongsian ilmu dan kepakaran luar dilaksanakan menyeluruh dalam sistem pertahanan domestik.
Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Haji Muhamad Norazlan Aris berkata langkah strategik tersebut bertujuan memperkasa keupayaan pemantauan dan pengawasan jarak jauh merentasi ruang maritim negara.
Antara teknologi yang digunapakai ketika ini adalah Sistem Pesawat Tanpa Pemandu buatan Turkiye, ANKA yang memiliki kemampuan melakukan pengawasan udara hampir 24 jam tanpa henti.
“Adaptasi teknologi bukan lagi satu pilihan. Kita perlu selaraskan diri kita dengan perubahan teknologi. Jadi, ruang -ruang yang diberi oleh pihak TUDM dengan menghantar anggota kita berkursus bagi memperkasa keupayaan mereka dalam bidang tersebut,” katanya.
TUDM ketika ini mempergiat program penghantaran anggotanya ke kursus-kursus pengajian teknologi tinggi bagi memastikan perkongsian ilmu dan kepakaran luar dilaksanakan secara menyeluruh dalam sistem pertahanan domestik.