KUALA TERENGGANU, 26 Disember - Lapan sungai di empat jajahan di Terengganu melepasi paras bahaya setakat 2 petang tadi susulan hujan berterusan sejak beberapa hari lalu.
Jika dibandingkan menunjukkan penurun pada awal 8 pagi tadi yang telah merekodkan 13 sungai pada paras bahaya.
Berdasarkan data daripada laman web publicinfobanjir.water.gov.my, di SETIU Sungai Nerus di Kampung Bukit merekodkan bacaan 13.80 meter (m) melepasi paras bahaya 13.20 m dan Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri dengan bacaan 8.98 (paras bahaya 8.80 m).
Tiga sungai di HULU TERENGGANU melepasi paras bahaya adalah melibatkan Sungai Berang di Kampung Menerong mencatatkan 25.87 m (paras bahaya 24.50 m), Sungai Tersat di Kampung Sekayu merekodkan 22.08 m (paras bahaya 21.00 m) dan Sungai Telemong di Kuala Ping merekodkan bacaan 20.75 m (paras bahaya 19.70 m).
Selain itu, satu sungai merekodkan paras bahaya di daerah DUNGUN iaitu Sungai Dungun di Jambatan Jerangai dengan bacaan 14.21 m (paras bahaya 12.50 m).
Manakala satu sungai di KEMAMAN iaitu Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman merekodkan bacaan 4.35 m (paras bahaya 4.00 m).
ARTIKEL BERKAITAN