fb fb fb fb fb

500 peserta sertai 'World Lupus Day Explorace 2024'

Pengarah Jabatan pelancongan Negeri Terengganu, Ahmad Ridzwan Abd Rahman bercakap pada sidang media penganjuran 'World Lupus Day Explorace 2024' pada Isnin

KUALA TERENGGANU, 14 Mei- Satu Mini Karnival 'World Lupus Day Explorace 2024' peringkat negeri Terengganu akan diadakan berkonsepkan pelancongan di Kampung Budaya Terengganu, Kompleks Muzium negeri Terengganu pada Sabtu ini.

Ia diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap penyakit yang jarang diketahui umum iaitu penyakit lupus atau SLE.

Pengarah Jabatan pelancongan Negeri Terengganu, Ahmad Ridzwan Abd Rahman berkata, seramai 500 peserta dijangka hadir antaranya pesakit SLE, pegawai perubatan dan orang awam.

Program julung kali diadakan itu untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai penyakit, komplikasi dan rawatan yang diperlukan pesakit.

Pelbagai acara turut disediakan seperti pertandingan Explorace, 'chit chat' bersama pakar perubatan dan Nefrologi dan pameran kesihatan.

Beliau memberitahu pemberita di Kampung Budaya Terengganu, di Kuala Terengganu.

Program berkenaan merupakan anjuran bersama Persatuan SLE Terengganu dan Hospital Sultanah NurZahirah, Kuala Terengganu.

SLE ialah penyakit autoimun sistemik yang berlaku apabila sistem imun badan anda menyerang sel-sel dan organ tubuh anda sendiri.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE