fb fb fb fb fb

32 pelajar Madrasah Mahat Tahfiz terselamat kebakaran

Anggota bomba sedang melakukan kerja-kerja pemadaman api di Madrasah Mahat Tahfiz Usnul Khatimah

KUCHING, 10 Disember - Seramai 32 penghuni Madrasah Mahat Tahfiz Usnul Khatimah Kuching berjaya menyelamatkan diri dalam insiden kebakaran di institusi pendidikan agama itu awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Bomba Sarawak melaporkan menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 3.00 pagi berhubung kebakaran yang melibatkan stor dapur di sekolah berkenaan.

Kebakaran itu telah memusnahkan 30 peratus bangunan berstruktur kekal tersebut.

Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Pihak bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke blok utama dan kebakaran berjaya di kawal kira-kira pukul 4.15 pagi.

Punca kebakaran masih disiasat.

TETITIA YUSOFF