fb fb fb fb fb

17 individu masih berlindung di PPS

17 penduduk Pangsapuri Iris Garden berada di PPS Balai Raya Assyakirin

BINTULU, 21 Januari- Jumlah penduduk terjejas akibat ribut di Pangsapuri Iris Garden berkurang kepada 17 individu yang masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Assyakirin.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bintulu Kapten (PA) Mohd Johari Mohd Taufik berkata, ia melibatkan lima buah keluarga iaitu 10 orang dewasa, lima orang kanak-kanak dan dua orang warga emas.

Sementara itu penduduk Pangsapuri Pine Court dibenarkan keluar daripada PPS itu pada pukul 3.50 petang semalam dan menyewa di Bandar Jaya, Bintulu.

Penduduk di pangsapuri itu ditempatkan di PPS berkenaan disebabkan insiden pokok tumbang.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI