
CAMERON HIGHLANDS, 17 Julai – Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Masuk Kebun Bunga Syim Yip Leong.
RINGKASAN BERITA AI
- Panggilan kecemasan diterima pada pukul 3.48 petang.
- Pasukan BBP Ringlet tiba dan Pasukan Keluaran Operasi memotong serta mengalihkan dahan pokok tumbang.
- Kejadian dipercayai berpunca daripada hujan lebat yang melanda kawasan berkenaan.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria memaklumkan panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan diterima pada pukul 3.48 petang tadi.
“Sepasukan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ringlet ke lokasi kejadian dan sebaik tiba, sebahagian laluan jalan didapati tertutup akibat tanah runtuh.
“Sehubungan itu, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak memotong dan mengalihkan dahan-dahan pokok yang tumbang.
“Kejadian berkemungkinan berpunca hujan lebat yang melanda kawasan berkenaan,”katanya.