Polis tahan lelaki disyaki serang pelajar kolej di Setapak

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 17 Julai — Polis menahan seorang lelaki warga asing yang disyaki menyerang seorang pelajar kolej menggunakan sebatang besi ketika mangsa sedang menunggu bas di Setapak, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa, seorang pelajar universiti swasta berusia 20 tahun, membuat laporan polis kira-kira pukul 11.30 pagi.
  • Seorang suspek berumur 39 tahun ditahan di tepi jalan Taman Setapak pada kira-kira 10.54 pagi.
  • Polis merampas sebatang besi pemutar jek kereta yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen; permohonan reman akan dibuat esok.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner (ACP) Annas Sulaiman berkata mangsa seorang pelajar universiti swasta berusia 20 tahun, membuat laporan polis pada kira-kira pukul 11.30 pagi semalam.

Beliau berkata suspek berusia 39 tahun itu berjaya ditahan di tepi jalan di Taman Setapak pada kira-kira pukul 10.54 pagi tadi.

“Polis turut merampas sebatang besi pemutar jek kereta yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, permohonan reman terhadap suspek akan dibuat di mahkamah esok.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau benda berbahaya serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan atau pas yang sah.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pusat Kawalan Daerah IPD Wangsa Maju di talian 03-9289 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.