Stesen solar Long Atip, Miri terbakar

Foto JBPM

MIRI, 15 September – Sebuah stesen solar di Long Atip, Apoh Baram terbakar pagi ini, menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak.

RINGKASAN BERITA AI
  • Panggilan diterima kira-kira pukul 8.50 pagi oleh Pusat Gerakan Operasi JBPM Sarawak.
  • Empat anggota bersama sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam perjalanan ke lokasi kebakaran.
  • Perjalanan dijangka mengambil masa kira-kira empat jam melalui jalan balak.
  • PBS Long Bedian dan PBS Long Bemang dihubungi untuk kawalan awal; Ketua masyarakat memaklumkan wakil rakyat dan pegawai daerah, penduduk terkesan.

Panggilan berhubung kejadian itu diterima PGO JBPM Sarawak kira-kira pukul 8.50 pagi.

Empat anggota bersama sebuah kenderaan pacuan empat roda kini dalam perjalanan ke lokasi kebakaran.

Bagaimanapun, perjalanan dijangka mengambil masa kira-kira empat jam untuk tiba di lokasi melalui jalan balak.

Susulan itu, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Long Bedian dan PBS Long Bemang dihubungi bagi memberikan bantuan awal mengawal kebakaran sementara menunggu pasukan bomba tiba.

Ketua Masyarakat Kawasan Apoh Tutoh, Pemanca Nawan Luhat turut memaklumkan kejadian itu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri serta Pegawai Daerah Telang Usan.

Beliau menyifatkan kejadian berkenaan sebagai sesuatu yang amat menyedihkan bagi penduduk Long Atip.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.