Rumah terbakar, pemilik warga emas selamat

Kebakaran melibatkan sebuah rumah berkeluasan 20 x 50 kaki persegi

KUANTAN, 15 September – Sebuah rumah separuh kekal musnah hampir 90 peratus dalam kebakaran di Kampung Baru Cendering, di sini, malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pemilik rumah, Ismail Ali, 65, dilaporkan selamat; tiada mangsa terlibat.
  • Panggilan kecemasan diterima pada pukul 9.49 malam; jentera tiba kira-kira tiga minit kemudian.
  • Operasi melibatkan anggota dan jentera BBP Taman Tas serta bantuan BBP Indera Mahkota; pemadaman tamat kira-kira 10.41 malam.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 9.49 malam.

Susulan itu, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tas dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba kira-kira tiga minit kemudian.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah berkeluasan kira-kira 20 x 50 kaki persegi. Tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu, manakala pemilik rumah, Ismail Ali, 65, dilaporkan selamat,” katanya.

Seramai enam anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari BBP Taman Tas terbabit dalam operasi berkenaan.

Operasi turut dibantu lapan anggota, sebuah FRT dan sebuah lori tangki air dari BBP Indera Mahkota.

Operasi pemadaman tamat kira-kira pukul 10.41 malam.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.