Sindiket edar dadah RM18.79 juta tumpas

Foto RTM

TAWAU, 7 Mei – Sindiket pengedaran dadah menggunakan kenderaan terpakai dari Semenanjung untuk menyeludup dadah ke Sabah dan Sarawak ditumpaskan membabitkan nilai rampasan keseluruhan mencecah RM18.79 juta.

RINGKASAN BERITA AI
  • Operasi bersepadu melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, AKPS dan ESSCOM.
  • Dua operasi dijalankan: Op Hymenoptera di Sabah dan Op Coleoptera di Sarawak.
  • Di Sabah dirampas lebih 323 kilogram syabu dan cecair fentanil, mampu memudaratkan lebih 1.5 juta penagih.
  • Di Sarawak dirampas pelbagai aset dan wang tunai termasuk kenderaan mewah; beberapa individu termasuk 'transporter' ditahan dan siasatan menyasarkan dalang utama.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata sindiket berkenaan dikesan aktif sejak Januari lalu dengan modus operandi menyembunyikan dadah dalam kenderaan terpakai serta kontena.

Operasi bersepadu melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) serta ESSCOM.

Kegiatan terbabit dibongkar menerusi dua operasi iaitu Op Hymenoptera di Sabah dan Op Coleoptera di Sarawak.

“Sindiket itu aktif sejak Januari lalu dengan menggunakan kenderaan terpakai dan pelet kayu yang dihantar melalui kontena dari Semenanjung ke Sabah bagi menyembunyikan dadah,” jelasnya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini.

Dalam operasi di Sabah, polis merampas lebih 323 kilogram syabu dan cecair fentanil dianggarkan mampu memudaratkan lebih 1.5 juta penagih.

“Di Sarawak, pelbagai aset dan wang tunai termasuk kenderaan mewah,” katanya.

Kedua-dua operasi itu turut membawa kepada penahanan beberapa individu termasuk ahli sindiket dan ‘transporter’.

“Siasatan lanjut sedang diteruskan bagi mengesan dalang utama rangkaian berkenaan,” ujarnya lagi.