Malaysia sebagai hab pengeluar utama Graphene di Asia Pasifik

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 3 Jun – Malaysia berjaya menghasilkan hab transformasi ‘Methane’ kepada ‘Graphene’ pertama di Asia Pasifik.

RINGKASAN BERITA AI
  • Gas Malaysia menerajui usaha pembangunan graphene melalui strategi GM32, memacu industri teknologi nano negara.
  • Graphene dianggap bahan penentu masa depan, setaraf dengan keluli, plastik dan semikonduktor, dengan aplikasi luas teknologi dan perubatan.
  • Gas Malaysia tandatangani MoU dengan MARDEC dan DURA Teknologi untuk membina ekosistem komprehensif dan pengkomersialan graphene di Malaysia.

Kejayaan itu dicapai Gas Malaysia Berhad (Gas Malaysia) yang meneraju sektor tersebut berlandaskan Strategi Perniagaan Gas Malaysia (GM32).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Chan Lih Kang menyifatkan bahan yang canggih itu sebagai penentu dalam membentuk industri masa hadapan negara.

“Ia seumpama dengan keluli, plastik dan semikonduktor yang penting dalam pembentukan generasi masa lampau, dengan bahan yang baharu ini, kita mampu meletakkan sasaran baharu yang tinggi untuk generasi akan datang”, katanya pada Majlis Pelancaran ‘Gas Malaysia Positions Malaysia As ASEAN’S Graphene Hub’.

Pengerusi Gas Malaysia, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, Graphene merupakan bahan yang sangat canggih, dengan skala dimensi bersifat mikro.

“Penghasilannya bukan sesuatu yang mudah dan ia menonjol sebagai bahan terunggul di dunia.

“Antara bahan yang dapat dihasilkan adalah semikonduktor, barangan elektronik, bateri berkuasa tinggi, kapasitor berskala tinggi, teknologi tapisan air serta penghasilan alatan kesihatan”, katanya.

Menurut beliau, pihaknya bertekad untuk membangunkan ekosistem graphene yang komprehensif di Malaysia kerana manfaat sebenar bukan hanya terhasil daripada inovasi semata-mata, tetapi nilai yang signifikan dapat direalisasikan melalui penerimaan, integrasi dan pengkomersialan teknologi tersebut.

Pada majlis itu, memorandum persefahaman turut ditandatangi melibatkan Gas Malaysia dengan Perbadanan Kemajuan Getah Malaysia Berhad (MARDEC) dan DURA Teknologi Sdn Bhd dalam usaha memacu insiatif Malaysia negara utama dalam penghasilan Graphene.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.