Cubaan memotong bertukar tragedi: Lima sekeluarga terkorban di Serian

Foto RTM

SERIAN, 3 Jun – Hasrat memotong sebuah traktor bertukar tragedi apabila lima sekeluarga maut dalam kemalangan ngeri di sini pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pemandu dipercayai gagal mengawal kenderaan ketika cuba memotong lalu merempuh paip di bahu jalan.
  • Semua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987; polis menasihatkan pengguna jalan raya berhati-hati ketika memotong.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah, siasatan awal mendapati pemandu kenderaan, Mohammad Bostari Audit, 30 tahun, dipercayai gagal mengawal kenderaan ketika cuba memotong sebelum merempuh paip di bahu jalan.

Impak pelanggaran itu menyebabkan kenderaan terbabit hilang kawalan lalu terjunam ke dalam parit berair dalam keadaan terbalik.

Empat lagi mangsa yang terkorban ialah Nur Farah Shahira Narudin, 26 tahun, Ajibah Ahmat, 46 tahun, Nur Ain Nasrin Narudin, 16 tahun dan Nur Assyfa Luthfya Narudin, dua tahun.

Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati, khususnya ketika memotong kenderaan, di kawasan selekoh, simpang keluar masuk serta dalam keadaan penglihatan terhad pada waktu awal pagi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.