Amalan ‘Eco Driving’ bantu jimat kos bahan api – MOT

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 3 Jun – Pengguna jalan raya digalakkan supaya mengamalkan Pemanduan Cekap Tenaga (Eco Driving) sebagai langkah mengurangkan penggunaan bahan api dan tenaga.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mengurangkan penggunaan bahan api dan tenaga bagi meningkatkan kecekapan perjalanan.
  • Menyokong sistem pengangkutan yang lebih mampan dan mesra alam.
  • Penting di tengah ketidaktentuan geopolitik yang menjejaskan kos operasi dan pengangkutan.
  • Amalan bersama bagi mobiliti lebih selamat, lestari dan berdaya tahan selaras Malaysia MADANI.

Kementerian Pengangkutan (MOT) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, amalan itu penting bagi meningkatkan kecekapan perjalanan dan menyokong sistem pengangkutan yang lebih mampan serta mesra alam.

“Dalam menghadapi cabaran global yang semakin kompleks, termasuk ketidaktentuan geopolitik yang memberi kesan kepada kos operasi dan pengangkutan, amalan penggunaan tenaga secara cekap menjadi semakin penting.

“Eco Driving merupakan pendekatan pemanduan yang membantu mengurangkan penggunaan bahan api dan tenaga, meningkatkan kecekapan perjalanan serta menyumbang kepada sistem pengangkutan yang lebih mampan dan mesra alam,” katanya.

Menurut MOT, semua pengguna jalan raya diminta mengamalkan budaya pemanduan cekap tenaga sebagai sebahagian daripada usaha bersama ke arah mobiliti yang lebih selamat, lestari dan berdaya tahan, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.