
GEORGE TOWN, 21 April– Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun maut, dipercayai terjatuh dari tingkat 16 sebuah kondominium di Tanjung Tokong, semalam.
- Ditemukan tidak sedarkan diri di tingkat lapan selepas siasatan.
- Maklumat mengenai kejadian diterima pada pukul 6.45 petang.
- Siasatan dan pemeriksaan badan mangsa tidak mengesan unsur jenayah. Mangsa disahkan meninggal di tempat kejadian.
- Mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat; kes diklasifikasi sebagai mati mengejut dan LMM dibuka.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Abdul Rozak Muhammad berkata, hasil siasatan mendapati warga tempatan itu dipercayai terjatuh dari kediamannya, sebelum ditemukan tidak sedarkan diri di tingkat lapan bangunan tersebut.
“Maklumat mengenai kejadian diterima pada pukul 6.45 petang.
“Siasatan di lokasi dan pemeriksaan terhadap badan mangsa tidak mengesan sebarang unsur jenayah,” katanya.
Menurut beliau, remaja tersebut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk proses bedah siasat.
“Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut dan satu Laporan Mati Mengejut (LMM) dibuka bagi menjalankan siasatan lanjut,” katanya.