Lelaki pandu bas dalam keadaan berbahaya direman empat hari

Foto BERNAMA

ALOR GAJAH, 21 April – Seorang pemandu bas ekspres yang tular kerana memandu secara berbahaya baru-baru ini, direman empat hari bermula hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perintah reman dikeluarkan Majistret Teoh Shu Yee di Mahkamah Majistret Alor Gajah.
  • Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
  • Lelaki berusia 53 tahun menyerah diri di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, IPD Alor Gajah pada 12.10 tengah hari semalam.
  • Kejadian berlaku ketika bas dari Ipoh ke Johor Bahru. Rakaman 1 min 20 saat memaparkan pemandu memandu dalam keadaan tidak selamat, tular 16 April.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 53 tahun itu dikeluarkan Majistret Teoh Shu Yee di Mahkamah Majistret Alor Gajah.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Lelaki itu ditahan selepas menyerah diri di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah pada 12.10 tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintenden Ahmad Abu Bakar berkata kejadian dipercayai berlaku semasa bas ekspres itu dalam perjalanan dari Ipoh, Perak ke Johor Bahru, Johor.

Rakaman video berdurasi satu minit 20 saat yang memaparkan seorang pemandu bas ekspres memandu dalam keadaan tidak selamat dan tidak memberikan tumpuan sepenuhnya tular di media sosial pada 16 April. -BERNAMA