Rayuan Syed Saddiq berhubung peruntukan Parlimen Muar dibenarkan Mahkamah Persekutuan

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Foto fail/ BERNAMA

PUTRAJAYA, 10 MAC — Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dibenarkan meneruskan rayuan di Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan kerajaan menghentikan peruntukan kepada Parlimen mUAR

RINGKASAN BERITA AI
  • Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Nordin Hassan mendapati rayuan memenuhi syarat minimum Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.
  • Rayuan difailkan bersama tiga pengundi Parlimen Muar yang mencabar penarikan sebahagian peruntukan kawasan itu.
  • Mahkamah membenarkan tiga persoalan undang-undang untuk dihujahkan pada peringkat Persekutuan.
  • Permohonan semakan kehakiman terhadap Perdana Menteri dan Kerajaan ditolak Mahkamah Tinggi Disember 2024; keputusan dikekalkan Mahkamah Rayuan Oktober lalu.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Datuk Nordin Hassan membenarkan permohonan itu selepas mendapati ia memenuhi syarat minimum di bawah Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Rayuan tersebut turut difailkan bersama tiga pengundi Parlimen Muar yang mencabar tindakan kerajaan menarik balik sebahagian peruntukan kepada kawasan itu.

Mahkamah juga membenarkan tiga persoalan undang-undang untuk dihujahkan, termasuk sama ada tindakan menafikan peruntukan kepada sesuatu kawasan Parlimen boleh dicabar di mahkamah jika didakwa melanggar hak kesamarataan di bawah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

Sebelum ini, permohonan semakan kehakiman yang difailkan terhadap Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia itu telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada Disember 2024, sebelum keputusan tersebut dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan pada Oktober tahun lalu.