
BENTONG, 17 Ogos – Polis Pahang mengesahkan berlaku kejadian rompakan di sebuah pusat beli-belah di Genting Highlands di sini tengah hari tadi.
- Pemangku Ketua Polis berkata siasatan giat dijalankan dan fakta berkaitan kejadian masih dikumpul.
- Polis memaklumkan sebarang perkembangan lanjut akan dikongsikan dari semasa ke semasa.
- Video dan gambar tular menunjukkan sekumpulan individu dipercayai merompak sebuah kedai di pusat beli-belah.
- Pergerakan keluar Genting Highlands disekat sementara untuk pemeriksaan keselamatan menyebabkan kesesakan teruk.
Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata pihaknya kini giat menjalankan siasatan dan masih mengumpul fakta berkaitan kejadian itu.
“Sebarang perkembangan lanjut akan dikongsikan dari semasa ke semasa,” katanya menerusi kenyataan.
Terdahulu, tular di media sosial video dan gambar memaparkan sekumpulan individu dipercayai merompak sebuah kedai di pusat beli-belah berkenaan.
Susulan insiden itu, laluan keluar serta arah turun dari Genting Highlands mengalami kesesakan teruk selepas pergerakan keluar dari kawasan peranginan berkenaan disekat sementara bagi tujuan pemeriksaan keselamatan.