Polis kesan pemandu terbabit kemalangan maut di Jalan Miri Airport

Mangsa berusia lingkungan 50-an meninggal dunia di lokasi kejadian

MIRI , 11 Mei – Seorang lelaki maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Miri Airport, awal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kejadian berlaku kira-kira pukul 1 pagi ketika mangsa melintas sebelum dirempuh sebuah kenderaan.
  • Pemandu kenderaan terbabit masih belum dikenal pasti.
  • Orang ramai diminta tampil bantu siasatan; kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah, berkata mangsa yang berusia lingkungan 50-an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurut beliau, kejadian berlaku kira-kira pukul 1 pagi ketika mangsa dipercayai sedang melintas jalan sebelum dirempuh sebuah kenderaan.

Bagaimanapun, pemandu kenderaan terbabit masih belum dikenal pasti.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Faizul Ab. Rahim, di talian 014-8582582 atau 085-430479, atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.