
KUALA LUMPUR, 24 April – Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan dua lelaki tempatan serta merampas 10,000 kilogram beras disyaki diseludup dalam Op Taring Wawasan Kelantan, awal pagi Khamis.
- Operasi Strike Force Kompeni C Batalion 9 PGA Kuala Terengganu dijalankan kira-kira pukul 2.05 pagi di Jalan Kampung Tasek Berangan selepas mengesan lori mencurigakan.
- Pemeriksaan mendapati kenderaan membawa muatan beras dipercayai diseludup dari Thailand melalui laluan tidak diwartakan.
- Lori dianggarkan bernilai RM80,000 manakala muatan beras dianggarkan RM40,000, jumlah rampasan RM120,000.
- Suspek mengaku mengambil bekalan di pangkalan haram, dibayar RM100 setiap perjalanan, kes disiasat di bawah Seksyen 20 Akta Kawalselia Padi dan Beras Negara 1994.
Operasi oleh Strike Force Kompeni C Batalion 9 PGA Kuala Terengganu itu dijalankan kira-kira pukul 2.05 pagi di Jalan Kampung Tasek Berangan selepas anggota mengesan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan.
Hasil pemeriksaan mendapati kenderaan tersebut membawa muatan beras dipercayai diseludup dari Thailand melalui laluan tidak diwartakan.
Kedua-dua suspek yang berasal dari Kampung Kubang Pak Hitam ditahan di lokasi kejadian, manakala lori bernilai RM80,000 serta muatan beras dianggarkan RM40,000 turut dirampas, menjadikan keseluruhan rampasan bernilai RM120,000.
Siasatan awal mendapati suspek mengaku mengambil bekalan di sebuah pangkalan haram sebelum dihantar ke lokasi lain dengan upah RM100 bagi setiap perjalanan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 20 Akta Kawalselia Padi dan Beras Negara 1994 dan telah dirujuk kepada pihak berkuasa berkaitan untuk tindakan lanjut.