Lelaki didakwa kes khianat rosakkan kenderaan

Gambar Pengguna FB

IPOH, 24 April – Seorang lelaki tempatan didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan terlibat dalam perbuatan khianat merosakkan sebuah kenderaan di kawasan Gerbang Malam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Suspek dipercayai memecahkan cermin penumpang dengan batu akibat perselisihan mengenai perkhidmatan menggilap kenderaan yang tidak diminta.
  • Suspek berusia 43 tahun ditahan selepas maklumat orang awam dan mempunyai lapan rekod jenayah lampau.
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan; orang ramai dinasihatkan berwaspada terhadap tawaran perkhidmatan tanpa diminta.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Muhammad Najib Hamzah berkata, suspek berusia 43 tahun ditahan pada Rabu, hasil maklumat orang awam.

Menurut beliau, dalam kejadian kira-kira pukul 11:40 malam hari sebelumnya, suspek dipercayai memecahkan cermin bahagian penumpang hadapan sebuah kereta menggunakan batu.

“Tindakan itu dipercayai berpunca daripada perselisihan berhubung bayaran perkhidmatan menggilap kenderaan yang tidak diminta,” katanya.

Semakan mendapati suspek mempunyai lapan rekod jenayah lampau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap tawaran perkhidmatan tanpa diminta di kawasan awam.