
KULAI, 24 Ogos – Lapan individu termasuk seorang pempengaruh Tik Tok direman empat hari selepas dipercayai terbabit dalam dalam kegiatan samseng jalanan di Lebuhraya Linkedua, Kulai, Sabtu lalu.
- Perintah reman dikeluarkan Majistret R. Salini mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah untuk membantu siasatan.
- Suspek tiba di mahkamah kira-kira pukul 8.30 pagi Isnin diiringi anggota polis.
- Kejadian tular menunjukkan penutupan jalan awam dan perlumbaan motosikal di Lebuhraya Linkedua; siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret R. Salini di Mahkamah Majistret Kulai mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah untuk membantu siasatan.
Terdahulu, kesemua suspek lelaki berusia antara 26 hingga 45 tahun itu tiba di perkarangan mahkamah kira-kira pukul 8.30 pagi Isnin, diiringi anggota polis.
Mereka ditahan selepas disyaki terbabit dalam satu kejadian yang tular menunjukkan beberapa individu menutup jalan awam sebelum dua penunggang motosikal berlumba sesama sendiri di Lebuhraya Linkedua.
Kejadian dipercayai berlaku dari Kilometer 33 susur Tol Senai Utara hingga Kilometer 31, susur Johor Premium Outlet.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.