Pemandu kenderaan mewah disaman tidak patuhi isyarat isyarat lalu lintas

Tangkap layar video orang awam

KULAI, 21 Julai – Saman trafik terhadap seorang pemandu kenderaan mewah berkelajuan tinggi dikeluarkan polis, semalam akibat tidak mematuhi isyarat lalu lintas.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ketua Polis Daerah Kulai, ACP Tan Seng Lee mengesahkan insiden berlaku di Kilometer 32 Jalan Johor Bahru-Air Hitam kira-kira pukul 7 malam.
  • Kenderaan dipandu lelaki berumur 33 tahun dan tiada kemalangan dilaporkan semasa kejadian.
  • Tindakan diambil mengikut Seksyen 79(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987; video tular menunjukkan kereta berhenti menentang arus.

Ketua Polis Daerah Kulai, ACP Tan Seng Lee mengesahkan perkara itu dan memaklumkan siasatan mendapati kes berlaku di Kilometer 32 Jalan Johor Bahru-Air Hitam, kira-kira pukul 7 malam.

“Kenderaan berkenaan dipandu individu berusia 33 tahun dan tiada kemalangan dilaporkan berlaku ketika itu.

“Tindakan diambil mengikut Seksyen 79 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,”katanya.

Insiden berkenaan, tular di media sosial memaparkan kereta tersebut sedang berhenti dalam keadaan menentang arus lalu lintas.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.