
LABUAN, 25 Ogos – Seramai sembilan individu beragama Islam ditahan dalam operasi bersepadu dikenali Op Ekor yang dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan di enam premis sekitar bandar Labuan pada Ahad lalu.
- Tangkapan dibuat mengikut Seksyen 18 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997.
- Operasi dijalankan untuk mengesan individu disyaki melakukan kesalahan jenayah syariah.
- Operasi mendapat kerjasama Jabatan Imigresen dan JPN dengan 13 anggota, membolehkan pemeriksaan ikut bidang kuasa dan memperkukuh pematuhan undang-undang.
Ketua Penolong Pengarah Cawangan Penguatkuasaan JAWI Labuan, Sazali Rithouddin Shahbudin berkata, kesemua individu berkenaan ditahan mengikut Seksyen 18 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997.
“Operasi berkenaan dijalankan bagi mengesan individu yang disyaki melakukan kesalahan jenayah syariah.
“Kesemua sembilan individu itu kemudian dibawa ke cawangan penguatkuasa JAWI Labuan bagi menjalani saringan dan siasatan lanjut,” katanya menerusi kenyataan.
Operasi turut mendapat kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Negara Labuan dengan penglibatan 13 anggota secara keseluruhan.
Sazali berkata kerjasama strategik antara agensi itu membolehkan pemeriksaan dibuat mengikut bidang kuasa agensi masing-masing sekali gus mencerminkan komitmen agensi penguatkuasaaan dalam memperkukuh tindakan membanteras kesalahan jenayah syariah serta memastikan pematuhan undang-undang di Labuan.