
KUALA LUMPUR, 9 Oktober – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.1 melanda Utara Laut Maluku, Indonesia pada 1.11 tengah hari ini.
RINGKASAN BERITA AI
- Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan pusat gempa pada koordinat 0.8 darjah utara, 126.0 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer.
- Pusat gempa terletak kira-kira 124 kilometer tenggara Bitung, Indonesia.
- Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.
- Kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa itu berpusat pada koordinat 0.8 darjah utara dan 126.0 darjah timur, dengan kedalaman 10 kilometer.
Pusat gempa terletak kira-kira 124 kilometer tenggara Bitung, Indonesia.
Bagaimanapun, gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.