Mayat warga emas ditemukan terapung di Tasik Tun Perak

JBPM

RAWANG, 22 Julai – Mayat warga emas ditemukan terapung di Tasik Tun Perak, Taman Jati, Batu 17, di sini, pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pihak JBPM Selangor menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 7:55 pagi; pasukan BBP Rawang dikerahkan ke lokasi.
  • Komander operasi mengesahkan mangsa seorang lelaki berbangsa Cina dianggarkan berusia lingkungan 60-an.
  • Anggota bomba berjaya membawa mangsa naik ke darat sebelum petugas KKM mengesahkan lelaki itu meninggal dunia.
  • Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada kira-kira pukul 7:55 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang dikerahkan ke lokasi.

Katanya, setibanya di lokasi, komander operasi mengesahkan mangsa merupakan seorang lelaki berbangsa Cina yang dianggarkan berusia lingkungan 60-an.

“Anggota bomba kemudian berjaya membawa mangsa naik ke darat sebelum petugas Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan lelaki itu telah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian masih dijalankan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.