Maritim Pulau Pinang tahan empat warga Thailand bersama rampasan RM3 juta

Foto APMM Pulau Pinang

GEORGETOWN, 16 Ogos – Sebuah bot nelayan tempatan Kelas C ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang pada Sabtu, kerana disyaki melanggar syarat sah lesen menangkap ikan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Hasil rampasan dianggarkan bernilai RM3 juta.
  • Bot dikesan menangkap ikan kurang daripada 12 batu nautika dari pantai susulan aduan awam.
  • Empat kru warga Thailand disyaki melanggar Akta Perikanan 1985 dan dibawa bersama bot serta rampasan ke Jeti Batu Maung untuk siasatan.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli mengesahkan, hasil rampasan dianggarkan bernilai RM3 juta.

Menurutnya, bot terbabit dikesan melakukan aktiviti menangkap ikan kurang daripada 12 batu nautika dari pantai susulan aduan awam yang diterima pihaknya.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut dikendalikan empat kru termasuk seorang tekong yang kesemuanya warga Thailand berusia antara 51 hingga 58 tahun.

“Bot itu disyaki melakukan kesalahan bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen dengan menjalankan aktiviti menangkap ikan di zon yang tidak dibenarkan.

“Kesemua kru bersama bot serta hasil rampasan dibawa ke Jeti Batu Maung sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Maritim Negeri Pulau Pinang untuk tindakan serta siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.