Dua kenderaan terbakar, punca insiden dalam siasatan

Kebakaran berjaya dipadamkan dengan salah satu kenderaan musnah 100% / Foto FB JBPM Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Dua kenderaan terbakar dengan salah satunya musnah 100 peratus dalam kejadian di Jalan Kerinchi, malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 9.53 malam.
  • Pasukan dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai dikejarkan ke lokasi segera.
  • Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh anggota bomba.
  • Punca insiden masih dalam siasatan oleh pihak berkuasa.

Kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur memaklumkan, Pusat Gerakan Operasi telah menerima panggilan kecemasan mengenai insiden kira-kira pukul 9.53 malam.

“Sepasukan pegawai dan anggota serta jentera daripada Balaii Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai ke lokasi sejurus selepas menerima laporan.

“Sebaik tiba di lokasi, pihak kami mendapati dua kenderaan sedang terbakar dengan kenderaan pertama telah musnah 100 peratus, manakala kenderaan kedua pula musnah 30 peratus.

“Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya dan punca insiden masih dalam siasatan,”menurut kenyataan itu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.