
BINTULU, 4 Mei – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu menahan sebuah bot tunda selepas gagal mengemukakan dokumen stabiliti ketika pemeriksaan di perairan Kuala Kemena, Sebauh, pada Ahad.
- Vesel disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana tiada dokumen stabiliti.
- Kapal tunda dikendalikan enam kru; lima warga asing termasuk nakhoda dan seorang warga tempatan berumur 24 hingga 60 tahun.
- Kesemua kru bersama vesel telah diiring ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi tindakan lanjut.
Bot berkenaan ditahan pada kedudukan kira-kira satu batu nautika barat laut Kuala Kemena menerusi rondaan Op Tiris 4.0 dan Op Permai 01/2019.
Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Muhammad Suffian Eldine Abdullah berkata, hasil pemeriksaan mendapati vesel itu disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana tidak memiliki dokumen stabiliti.
Menurut beliau, bot tunda terbabit dikendalikan enam kru terdiri daripada lima warga asing termasuk nakhoda serta seorang warga tempatan berusia antara 24 hingga 60 tahun.
“Kesemua kru bersama vesel tersebut telah diiring ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi tindakan lanjut,” katanya.