
KUANTAN, 25 Ogos – Seorang lelaki ditemukan selamat hari ini selepas dilaporkan hilang di Hutan Simpan Sementah Lanchang, Temerloh ketika keluar mencari lembu, pada Isnin.
- Mangsa, Muhamad Salihan Samsudin, 50, dijumpai di Kampung Bongsu kira-kira 7 km dari kawasan dilaporkan hilang pada pukul 4 petang.
- PKO Balai Bomba dan Penyelamat Mentakab seramai enam anggota segera ke lokasi selepas menerima laporan polis pada 10:39 pagi.
- Operasi SAR turut melibatkan Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan penduduk kampung.
Mangsa, Muhamad Salihan Samsudin,50, dijumpai di Kampung Bongsu iaitu kira-kira 7 kilometer dari kawasan dilaporkan hilang pukul 4 petang.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mentakab terdiri daripada enam anggota segera ke lokasi kejadian sejurus menerima menerima laporan daripada polis pada 10:39 pagi tadi.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) turut melibatkan Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung.
Difahamkan, kehilangan mangsa disedari isterinya sekitar pukul 12.30 tengah malam Isnin.
“Anak mangsa yang berada di Putrajaya telah dihubungi bapanya pukul 8:50 pagi semalam dan memaklumkan berada di dalam hutan dalam keadaan letih dan suara tidak bermaya.
Isteri mangsa kemudiannya cuba menghubungi suaminya, namun panggilan tidak dijawab sebelum mengesyaki mangsa telah tersesat di Hutan Sementeh, Lanchang.
Laporan polis telah dibuat pada hari ini untuk tindakan selanjut.