Anggota paskal terselamat selepas 15 jam terkandas di laut

Laskar Kanan PAP Michael Coccon Johen/ Foto RTM

KUCHING, 25 Ogos – Aspek latihan PASKAL, kemahiran bertahan di laut dan keazaman tinggi untuk terus hidup menjadi faktor utama Laskar Kanan PAP Michael Coccon Johen mampu bertahan ketika terkandas 15 jam di perairan Laut China Selatan pada 12 Ogos lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Arus kuat dan laut bergelora semasa latihan penerjunan di Pulau Layang-Layang menjadikan insiden itu detik sukar.
  • Perubahan cuaca menyebabkan payung terjun gagal membawa mereka ke sasaran, menempatkan enam anggota di laut.
  • Beliau menggunakan kompas dan cuba berenang dalam gelombang Tahap Empat, namun arus kuat menghalang pergerakan.
  • Lima rakan ditemukan malam itu; beliau kekal seorang hingga pagi dan diselamatkan kapal TLDM, dirawat di hospital tentera dua hari.

Anggota PASKAL Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ini berkata arus kuat dan laut bergelora menjadi detik hitam buatnya semasa insiden berlaku ketika latihan penerjunan di Pulau Layang-Layang.

Beliau berkata, ketika kejadian sekitar 5 petang, beliau bersama lima anggota lain sepatutnya mendarat di laut tetapi perubahan cuaca menyebabkan payung terjun gagal membawa mereka ke lokasi sasaran.

Beliau menggunakan kompas untuk menentukan arah ke pulau dan cuba berenang dalam keadaan laut bergelora Tahap Empat, namun arus kuat menyukarkannya untuk bergerak,” katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Khidmat Tasik Biru, Bau.

“Apabila berenang menuju pulau berpandukan cahaya kapal, saya tak dapat berbuat demikian kerana gelombang kuat menarik saya semula,” tambah Michael.

Lima rakannya berjaya ditemukan pada malam berkenaan, manakala Michael terus bertahan seorang diri hingga pagi 13 Ogos.

“Sekitar pukul 7:45 pagi, saya melihat sebuah kapal TLDM dalam jarak kira-kira 40 meter sebelum berenang ke arah kapal tersebut dan berjaya diselamatkan pada pukul 7:55 pagi,”tambah beliau.

Selepas diselamatkan, Michael dibawa ke Hospital Angkatan Tentera Kota Kinabalu untuk pemeriksaan selama dua hari sebelum kembali ke Kuching.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.