Lima lelaki ditahan, simpan & miliki daun, air ketum

Daun ketum yang dirampas serbuan di belakang sebuah rumah di Jalan Chenderong Balai Teluk Intan

IPOH, 25 Ogos – Lima lelaki ditahan polis dalam dua serbuan berasingan di Kerian dan Hilir Perak, selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti memiliki serta menyimpan daun dan air ketum.

RINGKASAN BERITA AI
  • Polis merampas sekitar 196 kilogram daun ketum, bernilai anggaran RM2,940.
  • Di Kampung Nelayan Tanjung Piandang rampasan termasuk 22 bungkus cecair disyaki air ketum dan sebotol plastik 0.6 liter.
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952; semakan awal mendapati suspek tiada rekod lampau.

Polis turut merampas lebih 196 kilogram daun ketum serta lebih 11 liter air ketum dalam kedua-dua serbuan itu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin, berkata serbuan pertama dilakukan di sebuah rumah di Kampung Nelayan, Tanjung Piandang, kira-kira 10.30 malam pada Isnin.

Beliau berkata hasil pemeriksaan di lokasi, polis telah merampas sebiji botol plastik lut sinar berisi cecair disyaki air ketum dengan anggaran isi padu 0.6 liter.

“Pemeriksaan lanjut di bahagian dapur rumah berkenaan turut menemukan 22 bungkus plastik mengandungi cecair disyaki air ketum dengan anggaran keseluruhan 11.01 liter.

“Tiga lelaki berusia antara 27 hingga 42 tahun ditahan. Semakan awal mendapati ketiga-tiga suspek tidak mempunyai rekod lampau”, katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, dalam kes berasingan kira-kira 12.20 tengah malam pada Selasa, polis menemukan 22 bungkusan plastik hitam mengandungi daun disyaki ketum di belakang sebuah rumah di Jalan Chenderong Balai.

Berat keseluruhan rampasan dianggarkan 196 kilogram, bernilai kira-kira RM2,940.

“Dalam serbuan tersebut, dua lelaki warga tempatan telah ditahan bagi membantu siasatan. Semakan awal mendapati suspek tidak mempunyai rekod lampau

Kesemua lima suspek disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.