Lelaki hilang di Ulu Tembeling ditemukan selamat

Mangsa, Tengku Ahmad Atif Tengku Nazuen, 29 (duduk) ditemukan oleh pekerja ladang malam tadi

JERANTUT, 23 April- Seorang lelaki yang dilaporkan hilang di Ladang Damai, Kuala Sat, Ulu Tembeling di sini sejak Selasa lalu ditemukan selamat malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa ditemukan kira-kira pukul 8.15 malam oleh pekerja ladang berhampiran pintu pagar sebelum dihantar pulang ke rumah.
  • Isterinya menyedari kehilangan dan meminta kenalan suaminya membantu mencari.
  • Ketika dibawa pulang menaiki pacuan empat roda, mangsa keluar dari kenderaan dan hilang; operasi SAR melibatkan PDRM, JBPM, APM dan penduduk dijalankan.

Mangsa, Tengku Ahmad Atif Tengku Nazuen, 29, ditemukan kira-kira pukul 8.15 malam oleh pekerja ladang berhampiran pintu pagar kawasan berkenaan sebelum dihantar pulang ke rumah.

Kehilangan mangsa disedari isterinya yang kemudian meminta kenalan suaminya untuk membantu mencari mangsa.

Mangsa sebelum itu ditemukan oleh rakan sekerja ketika sedang menolak motosikal di kawasan ladang berkenaan.

Kawasan sekitar Ladang Damai, Kuala Sat, Ulu Tembeling, Pahang

Bagaimanapun, ketika dibawa pulang menaiki kenderaan pacuan empat roda, mangsa secara tiba-tiba keluar dari kenderaan itu dan menghilangkan diri dalam keadaan gelap.

Terdahulu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung di lokasi kejadian.