Lelaki ditahan, 24 liter air ketum dirampas dalam serbuan PGA di Kota Bharu

Hasil serbuan 95 bungkusan daun ketum, sebuah tong plastik dan tong gas, satu set dapur memasak serta wang tunai berjumlah RM1,800/Foto PGA

KOTA BHARU, 18 Mei – Polis menahan seorang lelaki dan merampas 24 liter air ketum dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Sungai Demit, Kota Bharu, Kelantan, pada Ahad.

RINGKASAN BERITA AI
  • Serbuan merampas 95 bungkusan daun ketum (25 kg), tong plastik, tong gas, set dapur memasak dan wang tunai RM1,800.
  • Jumlah keseluruhan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM4,420.
  • Siasatan awal: suspek menjual air ketum secara sambilan sejak Januari 2026 dan mendapatkan bekalan daripada seorang wanita berbangsa Siam.
  • Kes diserahkan kepada BSJN IPD Kota Bharu; disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), SAC Ahmad Radzi Hussain berkata, lelaki berusia 27 tahun itu ditahan anggota Cawangan Risik Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Mitra pada pukul 10.30 malam.

Menurut beliau, hasil serbuan polis merampas 95 bungkusan daun ketum seberat 25 kilogram, sebuah tong plastik dan tong gas, satu set dapur memasak serta wang tunai berjumlah RM1,800.

Jumlah keseluruhan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM4,420.

“Siasatan awal mendapati suspek mula terlibat dalam kegiatan penjualan air ketum secara sambilan sejak Januari 2026. Suspek mendapatkan bekalan daun ketum daripada seorang wanita berbangsa Siam.

“Suspek memproses, menyimpan dan menjual air ketum di rumah sewanya dengan harga RM10 bagi setiap bungkus,” katanya.

Tambah beliau, suspek dan barang rampasan telah diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, Ahmad Radzi berkata pihaknya optimis memperkukuh risikan dan pemantauan dengan melaksanakan secara berterusan bagi membanteras sebarang aktiviti penyalahgunaan serta penjualan dadah dan air ketum.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.