Lawatan Macron perkukuh hubungan dagang, pelaburan Malaysia-Perancis

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Sim Tze Tzin (tengah) bersama Duta Besar Perancis ke Malaysia Marc Abensour (kiri) menghadiri Malam Gala CCI France Malaysia 2026 / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 30 Oktober – Lawatan Presiden Perancis, Emmanuel Macron ke Malaysia pada 16 dan 17 November ini dijangka memperkukuh hubungan perdagangan dan pelaburan dua hala, khususnya dalam sektor berteknologi tinggi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lawatan susulan lawatan Perdana Menteri ke Perancis tahun lalu, menunjukkan hubungan erat antara kedua-dua negara dan pemimpin.
  • Lebih 300 syarikat multinasional Perancis dan kira-kira 600 entiti perniagaan beroperasi di Malaysia dalam pelbagai sektor.
  • Syarikat seperti Airbus, Safran dan STMicroelectronics penting untuk ekosistem aeroangkasa serta operasi pembuatan berskala besar di Johor.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Sim Tze Tzin berkata, lawatan itu membuka peluang untuk mempererat hubungan perniagaan antara Malaysia dengan Perancis yang telah terjalin sejak lebih 350 tahun lalu.

Beliau berkata, lawatan berkenaan juga merupakan susulan lawatan Perdana Menteri ke Perancis tahun lalu, sekali gus mencerminkan hubungan erat antara kedua-dua negara serta pemimpin masing-masing.

“Jadi, kita berharap lawatan ini dapat meningkatkan hubungan dengan Perancis. Lawatan ini merupakan susulan lawatan Perdana Menteri ke Perancis tahun lalu.

“Ini menunjukkan Presiden Macron menyambut baik bukan sahaja hubungan antara kedua-dua negara, malah hubungan beliau dengan Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Gala Malaysia-Perancis sempena ulang tahun ke-35 Dewan Perniagaan dan Industri Malaysia-Perancis (CCI France Malaysia), di sini, malam tadi.

Menurut Sim, lebih 300 syarikat multinasional Perancis dan kira-kira 600 entiti perniagaan negara itu kini beroperasi di Malaysia dalam pelbagai sektor.

Antaranya termasuk Airbus dan Safran yang memainkan peranan penting dalam ekosistem aeroangkasa negara, selain STMicroelectronics yang mempunyai operasi pembuatan berskala besar di Johor.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.