
SARAWAK, 9 Oktober – Polis menahan lima lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes khianat menggunakan api yang melibatkan beberapa kedai serbaneka di beberapa daerah di Sarawak.
- Polis sedang mengesan beberapa lagi individu yang mempunyai maklumat bagi membantu siasatan.
- Polis sedang mengesan lapan lagi individu dipercayai dapat membantu siasatan.
- Sesiapa yang ada maklumat diminta hubungi Inspektor Tan Chiang Fook 018-262 8805 atau hadir ke balai polis.
- Orang ramai dinasihatkan tidak membuat atau menyebarkan spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.
Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Saifullizan Ishak berkata, pihaknya kini sedang mengesan beberapa lagi individu yang mempunyai maklumat.
“Pada masa sama, pihak polis sedang mengesan lapan lagi individu yang dipercayai dapat membantu siasatan kes berkenaan,” katanya kepada media.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Tan Chiang Fook menerusi talian 018-262 8805 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.
Orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak membuat atau menyebarkan sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan.