JAIS sahkan dua individu ditahan berkait kes khalwat figura awam

Gambar hiasan

SHAH ALAM, 16 Oktober – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan penahanan dua individu bagi membantu siasatan kes khalwat yang melibatkan figura awam di daerah Petaling, pada pukul 6 petang semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.
  • Jika sabit, denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya.
  • JAIS menasihatkan umat Islam supaya tidak mengaibkan individu atau menyebarkan spekulasi dan fitnah.
  • Tular dakwaan pemimpin kanan parti dan bekas menteri 44 tahun dilihat bersama seorang wanita penting menaiki sebuah van.

Dalam kenyataan, JAIS memaklumkan, kes itu disiasat mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

Jika disabitkan kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Sehubungan itu, JAIS menasihatkan umat Islam supaya tidak mengaibkan mana-mana individu dengan menjadikan perkara berkenaan sebagai bahan spekulasi, perdebatan atau fitnah.

Terdahulu, tular di media sosial seorang individu dipercayai pemimpin kanan parti politik dipercayai ditangkap khalwat di satu lokasi di daerah Petaling.

Turut tular, individu yang dikatakan bekas menteri berumur 44 tahun itu ditahan bersama seorang wanita berjawatan penting dilihat menaiki sebuah van, petang semalam.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.