
JOHOR BAHRU, 3 Jun – Seorang ibu muda mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mencampak bayi perempuan yang baru dilahirkan pada awal bulan lalu.
- Tertuduh Nuran Batrisya Jamaludin, 22, dinamakan dalam kertas pertuduhan.
- Didakwa menyebabkan kematian bayi perempuannya dengan niat menyebabkan kecederaan, menurut kertas pertuduhan.
- Perbuatan didakwa berlaku di tempat letak kenderaan PPR Melana Indah, Skudai pada 20 Mei antara 11 pagi dan 2.30 petang.
- Mahkamah membenarkan ikat jamin RM20,000 dengan syarat tambahan; sebutan kes 3 Julai untuk serahan bedah siasat dan hukuman.
Pengakuan dibuat tertuduh, Nuran Batrisya Jamaludin, 22 tahun, di hadapan Hakim Mohd Zamir Suhaimee.
Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa menyebabkan kematian bayi perempuannya dengan niat menyebabkan kecederaan tubuh badan mangsa.
Perbuatan tersebut dilakukan tertuduh di tempat letak kenderaan di Program Perumahan Rakyat (PPR) Melana Indah, Skudai di antara 11 pagi hingga 2.30 petang pada 20 Mei lalu.
Pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, R.Nevina mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.
Mahkamah membenarkan ikat jamin sebanyak RM20,000 berserta syarat tambahan ditetapkan.
Sebutan kes ditetapkan 3 Julai depan bagi serahan bedah siasat mangsa dan hukuman.