Helikopter ‘flying doctor’ bawa lima penumpang terhempas di Long Lellang

Helikopter Flying Doctor dipercayai membawa lima penumpang terhempas berdekatan Long Lellang STOLport, Marudi/Foto Orang Awam

MIRI, 8 September – Sebuah helikopter perkhidmatan Flying Doctor yang membawa lima penumpang dilaporkan terhempas dan terbakar di kawasan Lapangan Terbang Long Lelang, Baram, petang tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 3 petang, menurut Datuk Gerawat Gala.
  • Penduduk kampung Long Lellang cuba membantu memadam kebakaran namun kekurangan peralatan pemadam.
  • Pasukan bomba sedang dalam perjalanan untuk menjalankan operasi mencari, menyelamat dan siasatan.
  • Identiti serta keadaan lima penumpang belum dikenal pasti; maklumat lanjut akan disahkan pengendali helikopter.

Timbalan Menteri di Pejabat Premier Sarawak, Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek merangkap ADUN Mulu, Datuk Gerawat Gala, berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 3 petang.

“Penduduk kampung Long Lellang yang berada di lokasi turut cuba membantu memadamkan kebakaran, namun berdepan kekangan peralatan pemadam api,” katanya ketika dihubungi RTM.

Gerawat berkata, pasukan bomba sedang dalam perjalanan ke lokasi bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat serta siasatan.

Beliau berkata, maklumat rasmi berhubung identiti serta keadaan lima penumpang berkenaan masih belum dikenal pasti.

Menurutnya, maklumat lanjut mengenai penumpang hanya akan disahkan berdasarkan kenyataan rasmi pihak pengendali helikopter.

Helikopter berkenaan difahamkan digunakan bagi perkhidmatan penerbangan perubatan Flying Doctor ke kawasan pedalaman, termasuk membawa doktor dan petugas kesihatan bagi menyediakan perkhidmatan perubatan kepada penduduk di lokasi terpencil.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.