Dua individu didenda RM4,000 muat naik komen palsu

Foto hiasan /RTM

SEPANG, 24 Jun – Seorang pemandu e-hailing mengaku bersalah atas pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi palsu menerusi akaun media sosial miliknya pada Mac lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Romy Irwan Shah didakwa memulakan penghantaran komunikasi palsu menerusi Threads pada 28 Mac kira-kira pukul 7.57 malam.
  • Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, hukuman maksimum denda RM500,000 atau penjara dua tahun.
  • Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM4,000 atau penjara enam bulan jika gagal membayar; tertuduh telah membayar denda.
  • Seorang wanita, Chong Kwai Fee, 55, turut mengaku bersalah atas penghantaran komunikasi palsu melalui Facebook pada 13 April; denda RM4,000 dibayar.

Tertuduh Romy Irwan Shah, 45 tahun, didakwa secara sedar memulakan penghantaran komunikasi palsu dengan niat mengganggu orang lain melalui aplikasi Threads menggunakan akaun “@iamromyirwanshah9977” pada 28 Mac lalu kira-kira pukul 7.57 malam.

Pertuduhan terhadapnya turut dibuat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM4,000 atau penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam kemudian menjelaskan denda berkenaan.

Sementara itu, di mahkamah dan hadapan hakim yang sama seorang wanita turut mengaku bersalah atas pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi palsu menerusi akaun media sosial miliknya pada April lalu.

Chong Kwai Fee, 55 didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi palsu dengan niat mengganggu orang lain melalui akaun Facebook peribadinya pada 13 April lalu kira-kira pukul 10 pagi.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa MCMC, Nurul Nazilah Mohd Hasyim, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dia turut didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM4,000 atau penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda.

Tertuduh dilaporkan telah menjelaskan denda yang dikenakan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.