IPD Perak Tengah lupus 832 barang rampasan bernilai lebih RM252,000

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah melupuskan 832 unit barang rampasan pelbagai kes / Foto RTM

SERI ISKANDAR, 24 Jun – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah melupuskan 832 unit barang rampasan pelbagai kes bernilai RM252,200 selepas semua kes berkaitan selesai disiasat dan mendapat perintah pelupusan daripada pihak berkuasa.

RINGKASAN BERITA AI
  • IPD Perak Tengah melupuskan barang rampasan selepas semua kes disiasat dan perintah pelupusan diperoleh.
  • Pelupusan melibatkan kes perlombongan bitcoin haram, penyeludupan, perjudian dan pelbagai kes am.
  • Antara barang dilupuskan: 554 mesin bitcoin, suis rangkaian, penghala, kabel; melibatkan 25 kertas siasatan 2024 hingga 2026.
  • Pelupusan dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang selepas mendapat kelulusan pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Hafezul Helmi Hamzah berkata, pelupusan itu melibatkan pelbagai kategori kes termasuk perlombongan bitcoin secara haram, penyeludupan, perjudian serta kes-kes am.

“Antara barang kes yang dilupuskan ialah 554 unit mesin bitcoin, 24 unit suis rangkaian komputer, 24 unit penghala (router) internet dan 26 unit kabel.

Kesemua peralatan ini melibatkan 25 kertas siasatan yang telah disiasat dan diselesaikan antara tahun 2024 hingga 2026,” katanya pada sidang media khas di IPD Perak Tengah, di sini, hari ini.

Selain peralatan perlombongan bitcoin, pelupusan itu turut melibatkan pelbagai barang kes lain seperti motosikal, peralatan perjudian, rokok tidak bercukai serta peralatan yang digunakan dalam aktiviti jenayah.

Katanya, pelupusan barang kes berkenaan dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan selepas mendapat kelulusan dan perintah pelupusan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.