
KUALA LUMPUR 24 Jun – Persatuan Golf Malaysia (MGA) terus memperkukuh pembangunan golf akar umbi menerusi penganjuran Siri Jelajah Remaja 100PLUS MGA dan Program Pembangunan Remaja Kebangsaan (NJDP) bagi melahirkan lebih ramai bakat muda yang berpotensi menyertai skuad elit negara.
- Pemilihan pemain ke skuad elit berdasarkan kedudukan WAGR dan mata merit dikumpul melalui kejohanan anjuran MGA.
- Program NJDP memberi pendedahan serantau dan antarabangsa kepada 25 pemain elit muda, meningkatkan mutu permainan mereka.
- Kejayaan Maverick Troy terpilih ke kejohanan USGA Junior mencerminkan hasil positif pelaburan pembangunan dan sokongan penaja.
Presiden Persatuan Golf Malaysia (MGA) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor berkata ,Siri jelajah yang mendapat tajaan penuh daripada jenama minuman isotonik terkenal itu, akan berlangsung di empat buah kelab golf terpilih di seluruh negara sebagai platform mencungkil dan mengembangkan bakat baharu.
Jelasnya lagi Pemilihan pemain ke dalam skuad elit tersebut dinilai menerusi kedudukan mereka, dalam Ranking Golf Amatur Dunia (WAGR) serta mata merit yang dikumpul melalui kejohanan anjuran MGA.
Pihak MGA turut menzahirkan penghargaan atas sokongan berterusan daripada semua pihak, khususnya syarikat minuman isotonik yang bukan sahaja menaja siri jelajah baharu ini, malah sentiasa menjadi rakan strategik dalam menyediakan minuman rasmi sepanjang kejohanan anjuran MGA.
Tambah beliau lagi, Pendedahan Peringkat Global Hasil Pelaburan MGA menerusi Program Pembangunan Remaja Kebangsaan (NJDP) yang dimulakan beberapa tahun lalu kini mula membuahkan hasil yang positif.
Menerusi program ini, 25 pemain elit muda bukan sahaja didedahkan dengan kejohanan tempatan, malah diberi peluang beraksi di peringkat serantau.
Hasil daripada pendedahan impak tinggi tersebut, mutu permainan slot pemain muda negara menunjukkan peningkatan yang amat mendadak.
Antara kejayaan terbaharu yang membanggakan adalah kejayaan salah seorang pemain remaja negara, Maverick Troy, yang berjaya terpilih untuk mewakili Malaysia di kejohanan berprestij, USGA Junior di Amerika Syarikat tidak lama lagi.
MGA optimis komitmen berterusan daripada pihak penaja dan strategi pembangunan yang inklusif ini akan terus meletakkan sukan golf Malaysia di landasan yang betul untuk melahirkan barisan pelapis bertaraf dunia.
Beliau berkata demikian kepada media dalam sidang media majlis pelancaran 100 plus MGA NJDP junior series 2026 di ibu negara.