
KUANTAN, 18 Mac – Mahkamah Sesyen Kuantan menjatuhkan hukuman denda RM300 kepada tiga individu yang didakwa membuang puntung rokok di kawasan awam.
- Tertuduh diarahkan melaksanakan Perintah Khidmat Masyarakat selama dua jam dalam tempoh tiga bulan di bawah Seksyen 77B(1) Akta 672.
- Kesalahan dibawa di bawah Seksyen 77A(1) Akta 672 kerana membuang puntung rokok di kawasan awam.
- Gagal bayar denda boleh menyebabkan hukuman penjara 10 hari; gagal laksanakan PKM boleh dikenakan denda tambahan sehingga RM2,000 atau sebulan penjara.
- SWCorp Pahang mengeluarkan 159 Notis Pemberitahuan Kesalahan; 28 individu dihadapkan ke mahkamah dengan 16 kes dihukum.
Selain itu, ketiga-tiga tertuduh turut diarahkan melaksanakan Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) selama dua jam dalam tempoh tiga bulan di bawah Seksyen 77B(1) Akta 672.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Khalid Mohamed berkata, ketiga-tiga tertuduh didakwa di bawah
Seksyen 77A(1) Akta 672 kerana melakukan kesalahan tersebut.
“Mengikut keputusan hakim, tertuduh diperintahkan menjalani hukuman penjara selama 10 hari sekiranya gagal membayar denda berkenaan. Manakala sekiranya gagal melaksanakan Perintah Khidmat Masyarakat, tertuduh boleh dikenakan denda tambahan sehingga RM2,000 atau sebulan penjara jika gagal
membayarnya,” katanya.
Sehingga hari ini, SWCorp Negeri Pahang telah mengeluarkan sebanyak 159 Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) melibatkan 141 individu warganegara tempatan dan 18 individu warganegara asing.
Daripada jumlah tersebut, seramai 28 individu telah dihadapkan ke mahkamah dengan 16 kes telah dijatuhkan hukuman. Manakala baki kes masih menunggu tarikh sebutan.