155 sindiket dadah tumpas libatkan rampasan RM1.85bil

Foto HIASAN

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan 155 sindiket pengedaran dadah menerusi 622 operasi khas yang dijalankan di seluruh negara dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Rampasan 150,106 kilogram dadah bernilai pasaran gelap RM1.85 bilion.
  • 441 individu ditahan dan sembilan makmal dadah haram diserbu.
  • RM79.2 juta aset disita, RM10.84 juta dilucuthakkan; 4,427 individu dikenakan tindakan Seksyen 39C.

Menurut kenyataan di Facebook rasminya, operasi berkenaan turut menahan 441 individu, selain serbuan terhadap sembilan makmal dadah haram.

“Sepanjang operasi tersebut, 150,106 kilogram dadah dan racun dirampas dengan anggaran nilai pasaran gelap sebanyak RM1.85 bilion.

“Selain itu, tindakan pelucuthakan harta terus diperkasa dengan RM79.2 juta aset disita dan RM10.84 juta aset berjaya dilucuthakkan, sekali gus melemahkan sumber kewangan sindiket jenayah dadah,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, seramai 4,427 individu dikenakan tindakan di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952.

“JSJN terus memperkukuh usaha membanteras jenayah narkotik melalui risikan, penggunaan teknologi, penguatkuasaan serta kerjasama strategik dengan pelbagai agensi,” katanya lagi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.