Ubah suai secara haram: 45 notis dikeluarkan kepada 11 premis sekitar JB

Keadaan premis yang telah diubah suai menjadi bilik-bilik sempit/Foto RTM

JOHOR BAHRU, 30 Julai – Sebanyak 45 notis dikeluarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor terhadap 11 premis di sekitar bandar raya ini yang diubah suai secara haram menjadi bilik-bilik sewa sempit ibarat ‘sarang burung’ menerusi Operasi Bersepadu Penguatkuasaan Premis Perniagaan Penginapan Padat (Rumah Sarang Burung), hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Operasi penguatkuasaan bersepadu susulan keputusan Task Force untuk premis berisiko tinggi bagi mengelakkan kebakaran dan kehilangan nyawa.
  • Pemeriksaan mendapati premis diubah suai tanpa kelulusan; rumah kedai tingkat atas dipecah menjadi sehingga 15 bilik sewa.
  • Bilik sekitar 7 meter persegi, sewa RM350 hingga RM500; laluan terhalang, tangga tidak selamat, pengudaraan dan pencahayaan buruk.

Operasi itu dijalankan susulan keputusan Mesyuarat Task Force Rumah Sarang Burung yang menekankan tindakan penguatkuasaan secara bersepadu terhadap premis berisiko tinggi bagi mengelakkan insiden kebakaran yang boleh mengakibatkan kehilangan nyawa.

Pengarahnya, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba, Siti Rohani Nadir berkata, operasi dilaksanakan bagi memeriksa premis yang diubahsuai tanpa kelulusan.

Kebanyakan bilik berkenaan berkeluasan kira-kira 7 meter persegi dan dengan kadar sewa bermula antara RM350 hingga RM500.

“Bangunan ini berasal daripada rumah kedai namun di tingkat atasnya telah diubah menjadi asrama dan untuk satu unit kediaman itu terdapat 15 bilik yang disewakan kepada orang awam.

“Kita dapat lihat dari laluan masuk telah telah terhalang, contohnya laluan tangga tidak selamat. Sistem pengudaraan dan pengcahayaan juga tidak berada dalam keadaan baik,” katanya.

Tindakan diambil mengikut Akta Perkhidmatan Bomba 1988.

Seramai 45 orang penguatkuasa terdiri daripada 20 orang anggota bomba, 15 anggota polis serta 10 pegawai dari Majlis Bandaraya Johor Bahru terlibat dalam operasi hari ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.