
KUALA LUMPUR, 24 Ogos- Sebanyak 10 kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 10.00 pagi ini dengan Serian di Sarawak mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 194.
- Beberapa kawasan di Sarawak merekodkan bacaan IPU tidak sihat, termasuk Kuching, Samarahan, Sri Aman dan Bintulu.
- Di Semenanjung, Johan Setia dan Kuala Selangor di Selangor serta Sungai Petani dan Alor Setar di Kedah turut merekodkan bacaan tidak sihat.
- Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat; untuk maklumat terkini lawati laman JAS atau guna aplikasi MyJAS EQMS.
Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), empat lagi kawasan di Sarawak merekodkan bacaan tidak sihat iaitu Kuching (176), Samarahan (172), Sri Aman (158) dan Bintulu (125).
Di Kedah, Sungai Petani mencatatkan bacaan 155 manakala Alor Setar (152), sementara di Selangor membabitkan Johan Setia (160) dan Kuala Selangor (101).
Kawasan Minden di Pulau Pinang pula merekodkan bacaan IPU 130.
Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat.
Bagi mendapatkan maklumat berkaitan IPU terkini, layari laman sesawang JAS di pautan https://eqms.doe.gov.my/APIMS/main atau muat turun aplikasi telefon pintar rasmi MyJAS EQMS.